Umurmu Bertambah Lagi...

Hari ini hari lahirmu,
Hari ini bertambah lg usiamu,
Hari ini akn bertambah jua tanggungjawabmu,
Hari ini akn menjadikan diri mu lebih matang,
Dek ujian yg mendatang...
Hari ini menjadi saksi ketabahan mu mengharungi onak dan duri,
Hari ini Allah telah memendekkan lg jarakmu dgnNya,
Semakin kurang tempoh utk beramal,
Semakin kubur mempersiapkan tempat untuk mu,
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
Semakin dekat amalan diperhitung,
dan semakin dekat azabnya neraka atau haruman firdausi!


Sambutan hari kelahiran atau "Birthday" ialah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan kerana dilanjutkan usia ataupun dipanjangkan umur. Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai semulia-mulia makhluk dan dikurniakanNya dengan berbagai-bagai nikmat setiap saat. Di antara nikmat kurnia Allah itu ialah nikmat umur iaitu salah satu nikmat Allah yang paling tinggi, paling mahal nilai harganya.


Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati, bukannya memanjangkan harapan (menunda-nunda taubat kerana merasa umur masih panjang dan ia terus saja terbuai dalam angan-angan mencapai kemewahan dunia) yang merupakan perkara yang dilarang.


Ingatlah, kita akan ditanya di akhirat kelak tentang umur kita, ke mana dihabiskan.




Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.


Ya ALLAH, semoga sisa-sisa hidupku dipenuhi dengan sesuatu yang bermanfaat untuk agama-Mu. Jangan Kau biarkan aku tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang rugi dan celaka di akhirat kelak. Semoga dengan bertambah umurku, maka bertambahlah amalku. Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada ALLAH". (Riwayat Hakim)


Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipilih untuk berada di jalan dakwah ini. Semoga terus istiqamah!