Umurmu Bertambah Lagi...

Hari ini hari lahirmu,
Hari ini bertambah lg usiamu,
Hari ini akn bertambah jua tanggungjawabmu,
Hari ini akn menjadikan diri mu lebih matang,
Dek ujian yg mendatang...
Hari ini menjadi saksi ketabahan mu mengharungi onak dan duri,
Hari ini Allah telah memendekkan lg jarakmu dgnNya,
Semakin kurang tempoh utk beramal,
Semakin kubur mempersiapkan tempat untuk mu,
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
Semakin dekat amalan diperhitung,
dan semakin dekat azabnya neraka atau haruman firdausi!


Sambutan hari kelahiran atau "Birthday" ialah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan kerana dilanjutkan usia ataupun dipanjangkan umur. Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai semulia-mulia makhluk dan dikurniakanNya dengan berbagai-bagai nikmat setiap saat. Di antara nikmat kurnia Allah itu ialah nikmat umur iaitu salah satu nikmat Allah yang paling tinggi, paling mahal nilai harganya.


Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati, bukannya memanjangkan harapan (menunda-nunda taubat kerana merasa umur masih panjang dan ia terus saja terbuai dalam angan-angan mencapai kemewahan dunia) yang merupakan perkara yang dilarang.


Ingatlah, kita akan ditanya di akhirat kelak tentang umur kita, ke mana dihabiskan.




Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.


Ya ALLAH, semoga sisa-sisa hidupku dipenuhi dengan sesuatu yang bermanfaat untuk agama-Mu. Jangan Kau biarkan aku tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang rugi dan celaka di akhirat kelak. Semoga dengan bertambah umurku, maka bertambahlah amalku. Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada ALLAH". (Riwayat Hakim)


Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipilih untuk berada di jalan dakwah ini. Semoga terus istiqamah!





Sukarnya Istiqamah...


Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang untuk kembali menulis buat sekian lamanya. Entah kenapa hari ini hati kecilku tergerak untuk kembali menulis. Allah, bukan mudah untuk istiqamah dengan perkara kebaikan. Membuat suatu kebaikan memang mudah. Mencetus suatu idea yang baik memang senang. Tetapi dari aspek pengamalan, rupanya tidak seindah bahasa.

Banyak amalan yang baik terhenti di tengah jalan, dan banyak idea yang hebat tidak sampai ke mana, lantaran gagalnya manusia mengaplikasikan nilai Istiqamah dalam diri mereka.
Begitu juga dalam penulisan.

Semua ini berkait rapat dengan sejarah bermulanya sesuatu usaha, tentang niat terutamanya. Ada orang memulakan suatu usaha yang baik, contohnya menulis, tetapi didasarkan kepada niat yang salah. Bukan sedikit orang yang menulis kerana gilakan nama, habuan dan nilaian di mata dunia.
Niat ini akhirnya membawa kepada terkuburnya usaha tersebut di tengah jalan. Samada niatnya demi habuan duniawi telah tercapai, atau berakhir lantaran usahanya selama ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Sedangkan di luar sana, berapa ramai insan yang mendambakan agar usaha murni itu berterusan.

Hikmah daripada sifat Istiqamah itu cukup tinggi. Cuma manusia jarang sekali mampu mencecah kepada peringkat tersebut. Termasuklah aku, yang masih perlu terus melipatgandakan usaha. Aku tidak pandai berkarya. Aku bukan orang sastera, yang pandai menggubah bunga bahasa yang begitu cantik, pemuitis pula. Aku cuma insan biasa yang memegang prinsip menulis untuk berkongsi ilmu dan sesuatu kebaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat".


Kesimpulannya, semuanya kembali kepada niat kita. Ikhlaskan hatimu menulis kerana Allah, bukan kerana mengharap habuan dunia dan pujian manusia semata-mata. Jika kita benar-benar ikhlas, insyaAllah istiqamah itu akan hadir dengan sendirinya. Semoga segala hasil karya penulisan kita dinilai di sisi Allah kelak. Wallahu'alam.


Doa Untuk Istiqamah

اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur).


P/s: Menulis status di facebook tidak sesukar bertarung dengan idea untuk menulis di blog kan.. Semoga kita semua istiqamah. Selamat beramal! =) 

Anak Soleh...


Aku sentiasa memanjatkan doa kepadaNYA supaya aku menjadi seorang anak yang baik yang mampu membahagiakan ibu bapaku di dunia dan akhirat, so nak jadikan cerita, aku ada terbaca satu cerpen pendek yang telah membuatkan aku begitu tersentuh hati. Kalau nak tahu baca sendiri… anda pasti tahu apa yang anda rase.

Ceritanya….
Seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "SubhanAllah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. 

"Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. 


Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si bu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.

Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh ALLah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh ALLah SWT. 

Hadis Nabi SAW: "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT".

So, apa rasenya...? Jawapan terletak pada diri kita sendiri.. Selamat bermuhasabah =)

Jangan kau riak...


Assalamualaikum..

Maaf jika apa yg ingin dikatakan ni bt sape2 terase...tp perlu bgtau untuk peringatan kita smua trmasuk diri aku sndiri.. Jgn sekali2 kita riak dgn ape yg dah kita lakukan..walau sehebat manapun amalan kita..ia hanya sia2 jika dilakukan semata2 untuk mendapat pujian manusia.. Biarlah manusia tdk memandang amalan kita yg pntg ALLAH pandang...biar manusia membenci kerja makruf kita yg pntg ALLAH suka & redha.. Apa yg pntg adalah redha ALLAH bkn redha manusia smata2..

Kalau kita buat sesuatu amal kebaikan x perlu nk post kt dlm fb/twitter/blog & sbgnya. Contoh:

"Hari ni aku sedekah rm1000 kt masjid.."
"hari ni aku jadi imam solat jumaat."
"Hebat hari ni aku bg ceramah kt masjid".
"hari ni aku bgn qiamullail kul 3 pagi".
dan macam2 lagi.

Kemudian berpuluh friends kita akan like3x, dan berpuluh2 juga akan komen dgn pujian dan pujaan.. Wah, hebat dipandangan manusia..tp adakah ALLAH menilai amalan kita tersebut jika dilakukan semata2 ingin mendapat pujian manusia??


Ingatlah hidayah itu ditangan ALLAH..hari ni kita bleh bersedekah kerana hidayah ALLAH, hari ni kita jadi imam juga kerana hidayah ALLAH..hari ni kita bleh bg ceramah agama juga kerana hidayah ALLAH.. bkn kerana kehebatan kita. Kita hanya hamba yg lemah. Bila2 masa ALLAH bleh tarik blk hidayah dr kita jika DIA mahukan. Ape yg pntg berdoalah semoga kita istiqamah dgn amalan trsebut dan semoga ALLAH terus limpahkan hidayahNYA kepada kita. Amin Wallahua'lam. peace! V(^_^)

Sebesar-besar keaiban...


Bismillahirrahmanirrahim,,,

"Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu ada dalam dirimu sendiri." -Imam As-Syafie

Ramai dalam kalangan manusia yang tidak memandang dan memerhatikan kekurangan dan keburukan yang ada dalam dirinya, tetapi sibuk menghitung dan mengira keburukan orang lain. Pantang sahaja melihat kekurangan dan keaiban orang, terus sahaja diperkatakan dan disebarkan. Terutama sekali dengan adanya kemudahan media baru seperti facebook, twitter dan blog. Amat mudah sekali setiap perkara disebarkan. Hanya menggunakan jari jemari menekan keyboard, beberapa saat sahaja berita itu terus tersebar ke seluruh pengetahuan rakan-rakan kita bahkan ke seluruh dunia! Bayangkan betapa banyak saham yang akan kita peroleh di akhirat kelak.

Hakikatnya, keburukan dan kekurangan di dalam dirinya sendiri tidak disedari ataupun sengaja buat-buat tak nampak. Sebaliknya apabila dia berjaya melakukan sesuatu kejayaan dan kebaikan, sehingga ke langit bumi kebaikan itu dilaung-laungkan.

Saidina Ali r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

“Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela itu ada dalam dirimu sendiri.”

Hadis di atas bukan bermaksud, apabila kita mendapati kekurangan dalam diri orang lain, kita juga menyamakan diri kita dengan diri orang yang mempunyai kekurangan itu. Maksud hadis di atas adalah cukup bagi kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada khalayak ramai dan cuba memperbaiki diri sendiri apabila keburukan itu ada dalam diri kita.

Apa pula tindakan kita sekiranya mendengar atau mengetahui tentang keburukan seseorang daripada orang lain? Adakah kita hanya mendengar dan mendiamkan diri? Atau turut sama mengumpat?

Islam mewajibkan sesiapa yang mendengar apa-apa perkataan yang berdosa supaya menyelar orang yang melakukannya. Islam mewajibkan seorang Muslim mempertahankan nama baik saudaranya. Islam mengajar supaya orang-orang yang menghakis maruah dan nama baik orang lain diberi pengajaran yang sesuai dengan syrak dan akhlak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada, maka wajiblah ALLAH melepaskannya dari seksa api neraka.”                                                          (Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w :


“Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu, maka dia turut sama menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat.” (Hadith Asfahani)

Orang-orang yang suka mengintai-ngintai aib orang lain dan merosakkan nama baiknya, mereka hendaklah merasa takut akan kemurkaan ALLAH s.w.t serta seksaanNYA. Rasulullah s.a.w. menjelaskan:

“Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi imannya belum meresap ke dalam hatinya, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-ngintai aurat (keaiban), sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh ALLAH, nescaya ALLAH akan bukakan pekungnya walaupun dalam kenderaannya sendiri.” (Riwayat Abu Daud)

Sekiranya keburukan yang ada dalam diri orang lain itu tidak menyenangkan kita, maka begitulah sebaliknya, keburukan yang ada dalam diri kita juga pasti tidak disenangi dan disukai oleh orang lain. Oleh itu, dalam usaha kita memperbaiki kekurangan orang lain, perbaikilah diri kita dahulu sebaik yang mungkin. Wallahua’lam..

Renung-renungkan dan selamat beramal! (^_^)