"Tidak akan sunyi bumi ini dari seorang pemimpin yang bangun berdiri untuk menegakkan agama Allah s.w.t dengan segala hujjahnya". - Saidina Ali r.a.
Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim
Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN
Riwayat: Muslim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
Alhamdulillah! Masih diberi kesempatan untuk meneruskan kata-kata..Teringat akan apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Anhar Opir dan sahabat beliau Ustaz Hisyam yang dijemput untuk menjadi panel dalam forum yang bertajuk “KERANAMU KEKASIH”.. ingin ku kongsi serba sedikit ilmu yang ku dapat dari majlis ilmu itu dengan sahabat sekalian...
Keranamu kekasih.. apa yang bermain dalam fikiran sahabat setelah mendengarnya..? Kekasih? Of course teman lelaki! Teman wanita! dan Ada pula yang mengatakan semestinya saya dan meggi.. hehe.. (gurau jela)...
Ustaz Hisyam selaku panel pertama telah merungkai tajuk forum malam itu dengan menjelaskan SIAPAKAH KEKASIH KITA SEBENAR!!! Kekasih adalah orang yang kita sayang ? ALLAH dan Rasul adalah kekasih kita yang sebenar, Subhanallah... Dalam hidup ini banyak benda yang kita utamakan, misalnya kita sayang sesama manusia antara lelaki dan perempuan.. kita kena tahu siapa yang perlu kita sayang dan cintai. Kerana seorang Mukmin yang sebenar adalah yang mecintai ALLAH dan Rasul, ini adalah satu kewajipan!!! sebagai mukmin tidak boleh menyekutukan ALLAH kerana jelas dalam surah al-baqarah ayat 165:
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi)sekutu-sekutu(Allah),mereka mencintainya,(memuja&mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).”
Terusik peristiwa dulu yang mengguris hati
Terkulai-kulai diri bila cinta didustai
Oleh insan yang pertama aku sayangi..
Manusia adalah makhluk yang tidak kekal dan sempurna, akan tiba waktu yang akan memisahkan segalanya. Hari ini “ku korbankan segalanya demimu sayang”! selepas berkahwin di mana nilainya? Dari pandangan mata, akan lahirnya senyuman, setelah senyuman diukir salam salaman di kirim, dan akan berterusan ke janji temu... hal ini yang akan menyebabkan berlakunya kemaksiatan yang menyebabkan insan yang tidak berdosa dilahirkan dan di zalami.. contohnya klik :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm ... Baru-baru ini di khabarkan 17303 orang anak luar nikah yang didaftarkan, tidak termasuk yang dibuang dalam tong sampah, dibakar dan ditinggalkan di kawasan-kawasan yang terbiar.. kejamnya!!!!!
Selain itu melebihkan cinta pada makhluk akan menyebabkan kita hilang matlamat dan objektif dalam hidup, kita mesti ingat bahawa ada hari lain selain dari dunia ini.. bahagianya bercinta membuatkan kita sentiasa tersenyum (pasal teringat akan peristiwa riang dengan awek/p.we-( tapi tak pernah sedetik pun risau memikirkan MAUT yang akan menjemput). Indahnya bercinta mengajar erti menepati waktu- takut awek marah/sakit hati (sembahyang fardhu lewat xterpikir akan takut) sukanya bercinta kerana mengajar erti perlunya mengambil berat..(takut awek/p.we dikebas orang..(miss solat berbelas-belas kali pasal dok asyik berdating tak pernah nak risau-tak takut kat ALLAH betol)
Bagaimana kita hendak mengabdikan diri kita kepada ALLAH ? ikut lah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang! Selain itu mengikut sunnah nabi. Masyarakat hari ini khususnya remaja harus menimba ilmu untuk meningkatkan rasa kecintaan pada ALLAH S.W.T!! kerana ilmu dapat membezakan antara yang baik dan buruk...
Wallahualam....
p/s: yang baik itu datang dari ALLAH yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. :)
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH atas segala limpah kurniaNYA aku masih diberikan kesempatan mengecapi nikmat-nikmatNYA yang tidak pernah terhitung ini.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarga baginda serta para sahabat yang dikasihi.
"Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah yang akan melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mahu mengalah. Dek kerana kejahilan diri, masalah yang kecil diperbesarkan yang besar dibesar2kan lagi. Akhirnya perhubungan yang terjalin selama ini rosak sekelip mata. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan kita.
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap temanmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh - jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu. Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang
sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik dan membina, bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?
11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya ketika dia sedang susah merupakan satu
pengorbanan besar dan tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya
masalah yang perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang melanda akan jernih semula.
Mudah-mudahan dengan penyelesaian yg diberikan dpt merungkaikan segala masalah yang telah berlaku dlm dunia persahabatan kita selama ini. Akhir kata, aku ingin memohon maaf kpd semua teman2 yg mengenali diri ini.. Andai kata selama kita menjalin persahabatan ada terkasar bahasa, termaki hamun, tercacat-cela dan segalanya yg membuat kalian terluka dan berkecil hati denganku. Segala yang baik itu datang drpd ALLAH s.w.t Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tinggi dan yang buruk itu datang dr kelemahan dan kekurangan diri ini sendiri..
WALLAHUA’LAM….